BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Halaman

Ahad, 21 Februari 2010



"SILAT SENDENG BETAWI MALAYSIA"

Silat Sendeng Betawi ialah sebuah Perguruan Silat yang bergerak di Selangor. Perguruan ini diasaskan oleh Allahyarham Shamsudin bin Roslan, silat sendeng Betawi ini adalah gabungan aliran silat yang dipelajari Allahyarham iaitu Silat Jawa dengan Basiron di Sabak Bernam, Silat Rencong 9 dengan Jailani di Tanjung Karang, Silat Sendeng di Batu Pahat, Silat Harimau Al-Haq di Lorong Pacitan, Singapura, di Pulau Karimun, Indonesia, dengan Kiyai Mustapha, Silat Betawi di Betawi, Indonesia, Silat Sendeng dengan abangnya, Silat Sendeng Selewar dengan Alang Ardi di Puchong dan Ilmu kebatinan dengan Pak Daim di Serdang.

"SUKATAN PELAJARAN"

Silat ini mempunyai Jurus Satu dan Dua serta 6 Bunga. Ia mempunyai 13 buah pukulan yang setiap satunya dipecahkan kepada 9. Murid yang terpilih akan diajar buah nombor 10. Senjata tradisional yang diajar adalah keris, pisau, parang dan tekpi.





"SEJARAH SILAT SENDENG BETAWI MALAYSIA"

Silat ini diasaskan oleh Allahyarham SHAMSUDDIN B. ROSLAN atau lebih dikenali dengan gelaran 'SI PITUNG'. silat ini ada kaitannya dengan Indonesia kerana ia merupakan salah satu destinasi Allahyarham menuntut. Silat ini juga merupakan silat yang agersif berbanding silat-silat lain yang ada di Malaysia.

Silat ini bergerak secara tidak rasmi di Puchong suatu ketika dulu. Dimana kediaman Allahyarham SHAMSUDDIN B. ROSLAN menjadi gelanggang mereka berlatih untuk beradu kekuatan setiap malam jumaat & sabtu. Ramai penduduk kampung kawasan berhampiran menyertai silat ini. Pada ketika itu Allayarham amat dikenali di kalangan penduduk Puchong. Sehingga kini, masih ada yang mengenali Allahyarham.

Kesinambungan tersebut telah di teruskan oleh anak kepada Si Pitung iaitu EN.AZMAN B SHAMSUDDIN. Persatuan Silat Sendeng Betawi ini telah didaftarkan dibawah Kementerian Belia & Sukan. Kini silat ini berpusat di Bukit Sentosa Rawang dan ia bergerak aktif dengan mengadakan pertunjukan di pasaraya-pasaraya, kenduri-kenduri kahwin & segala jemputan yang ada. Silat ini sudah pun mempunyai anak didik seramai hampir 100 orang dari pelbagai peringkat umur & bangsa. ada juga ahli yang dimana jurulatih datang ke kediaman mereka Kerana tidak mempunyai masa untuk datang ke gelanggang atas kesibukan tugas harian.

Kini silat ini telah mengembangkan sayapnya dengan membuka kembali cawangan di Puchong cuma bukan di kediaman Allahyarham tetapi berhampiran kediaman anak Allahyarham iaitu kakak kepada EN.AZMAN. Dan kepada sesiapa yang berminat menjadi ahli persatuan atau jemputan untuk pentunjukkan boleh menghubungi kami.

"RUJUKAN"

* Majalah Pendekar, Disember 1993, m/s 20-22
* Majalah Seni Beladiri, Jun 1999, m/s 13-15

"PENGAMBILAN AHLI BARU 09/10 DI GELANGGANG PUCHONG"
utk maklumat lanjut sila hubungi saya di:- 0147338060/0173245206/0380605065

0 ulasan: